KBS harap Azeem konsisten

Iklan
Adam Adli (dua dari kanan) menyaksikan demonstrasi seni silat sempena Jelajah Fit Malaysia Peringkat Negeri Perak Tahun 2023 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak di sini pada Ahad.

IPOH - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengharapkan atlet olahraga kebangsaan, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dapat mengekalkan prestasi biarpun tidak dapat melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Kejohanan Olahraga Dunia 2023 di Budapest, Hungary pada Ahad.

Timbalan Menterinya, Adam Adli Abd Halim berkata, sungguh pun terkandas di peringkat saringan keempat kejohanan itu, pujian harus diberikan buat atlet muda tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Muhammad Azeem menjadi contoh kepada atlet-atlet muda yang lain untuk meningkatkan prestasi mereka bersaing di peringkat antarabangsa.

"Kita ucap tahniah dan harap prestasi beliau dapat konsisten, momentum diteruskan. Kita mahu supaya Azeem dijadikan contoh yang baik dalam kalangan atlet muda kita.

Iklan

"Azeem juga kita angkat sebagai ikon sukan anak muda. Beberapa program sebelum ini memang kita banyak bagi bantuan dan sokongan jadi tak ada isu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Fit Malaysia Peringkat Negeri Perak Tahun 2023 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak di sini pada Ahad.

Sementara itu, Adam Adli menegaskan pihaknya sentiasa berhubung dengan Muhammad Azeem untuk memastikan segala keperluan atau bantuan dapat dipenuhi.

Iklan

Menurutnya, segala bentuk bantuan yang diberikan bertujuan memastikan latihan Muhammad Azeem sama ada di dalam dan luar negara tidak terjejas serta mendapat kualiti latihan terbaik

Dalam Kejohanan Olahraga Dunia 2023 yang berlangsung di Budapest, Hungary, Muhammad Azeem berjaya mencatat masa 10.26 saat bagi kategori 100 meter pada peringkat saringan keempat.

Bagaimanapun keputusan itu gagal melayakkannya ke peringkat separuh akhir apabila menduduki tempat ketujuh keseluruhan.