Tiga lelaki Britain bersalah curi pasu antik bernilai AS$2.5 juta

Iklan
Artifak yang asalnya dicuri dari Muzium Seni Timur Jauh di Geneva, Switzerland itu berjaya ditemui menerusi satu operasi polis. - Foto EPA

LONDON - Tiga lelaki warga Britain didapati bersalah atas kesalahan mencuri pasu antik Dinasti Ming China bernilai AS$2.5 juta (RM11.6 juta).

Artifak yang asalnya dicuri dari Muzium Seni Timur Jauh di Geneva, Switzerland itu berjaya ditemui menerusi satu operasi polis, lapor Agensi Anadolu memetik Polis Metropolitan pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Individu yang disabitkan kesalahan, Mbaki Nkhwa (47), Kaine Wright (26), dan David Lamming (31), didapati bersalah pada Jumaat kerana bersubahat menukar harta jenayah. Keputusan itu dijatuhkan di Mahkamah Southwark Crown di London.

Sabitan itu susulan kerjasama menyeluruh selama empat tahun antara Polis Metropolitan dan penguatkuasa undang-undang Switzerland, yang akhirnya membawa kepada pasu antik tersebut selamat kembali ke muzium Switzerland.

Iklan

Artifak yang dicuri, 'pasu' porselin putih, dihasilkan secara teliti semasa pemerintahan Yongle Dinasti Ming, mempunyai sejarah menjangkau berabad-abad lamanya.

Hukuman ke atas Nkhwa, Wright, dan Lamming akan diputuskan oleh mahkamah pada 13 Oktober. - Bernama-Anadolu

Iklan