MOSCOW - Gabenor Wilayah Kursk Roman Starovoit pada Ahad berkata, sebuah dron Ukraine menyerang bangunan stesen kereta api bandar itu menyebabkan lima orang cedera ringan, lapor Sputnik.
"Menurut maklumat awal, serangan dron Ukraine di Kursk mengenai bumbung bangunan stesen kereta api mencetuskan kebakaran pada bumbung. Lima orang cedera ringan terkena serpihan kaca," kata gabenor itu di Telegram.