Bot nelayan langgar syarat ditahan Jabatan Perikanan

Iklan
Pegawai Jabatan Perikanan yang menjalankan rondaan menahan sebuah bot pukat tunda di Kepulauan Sembilan, Pulau Pangkor. - Foto: Jabatan Perikanan Perak

LUMUT - Jabatan Perikanan Perak menahan sebuah bot tunda B1 yang melanggar syarat dengan melakukan aktiviti perikanan pada jarak 2.4 batu nautika dari Pulau Buluh, Kepulauan Sembilan, Pulau Pangkor dekat sini pada Sabtu.

Ketua pangkalan MSC, Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan Kampung Acheh, Mohd Sharifuddin Abdul Manan berkata, bot itu dikesan menjalankan aktiviti menunda oleh pasukan anggota MCS yang menjalankan rondaan sekitar jam 12.30 tengah hari.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, lima kru warga Myanmar berusia 40 hingga 60 tahun turut ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

"Selain itu, bot berkenaan tidak diusahakan sendiri sebaliknya menggunakan kru asing tanpa kebenaran, tidak mengaktifkan alat Sistem Pengesanan Automatik (AIS) di laut dan kod zon rumah kemudi tidak mengikut spesifikasi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sebuah bot nelayan tempatan ditahan selepas didapati menjalankan aktiviti perikanan menggunakan pukat tunda kurang dari 8 batu nautika di Kepulauan Sembilan, Pulau Pangkor pada Sabtu. - Foto: Jabatan Perikanan Perak

Iklan

Mohd Sharifuddin berkata, kesemua peralatan termasuk bot bernilai RM500,000 disita dan dibawa ke Pangkalan Konservasi dan Perlindungan Perikanan, Kampung Acheh di sini untuk siasatan.

Tambahnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.

Iklan

"Aktiviti menunda kurang daripada batu nautika bukan sahaja mengakibatkan anak-anak ikan dan hidupan lain terperangkap dipukat, namun ia sekaligus merosakkan habitat semula jadi pembiakan ikan itu sendiri.

Pegawai Jabatan Perikanan yang menjalankan rondaan menahan sebuah bot pukat tunda di Kepulauan Sembilan, Pulau Pangkor. - Foto: Jabatan Perikanan Perak

"Jabatan Perikanan Malaysia memandang serius akan isu dan kesalahan yang melibatkan pelanggaran Akta Perikanan 1985 dan akan terus mempergiatkan aktiviti rondaan bagi memastikan sumber perikanan negara terjaga dan terpelihara," katanya.