Norizam mohon maaf kepada peminat Kelantan

Iklan
Norizam -Foto: Agensi

PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman memohon maaf kepada peminat The Red Warriors (TRW) di atas kekalahan besar 0-10 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi kedua Pusingan 16 Piala Malaysia di Iskandar Puteri malam Sabtu.

Menerusi kemenangan itu skuad Harimau Selatan mara ke suku akhir menerusi agregat 15-1.

Iklan
Iklan

Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham mengakui tiada mana-mana pemilik kelab ingin pasukannya kalah dalam setiap aksi yang diharungi.

"Saya mohon maaf atas kekalahan 10-0 dengan JDT.

Iklan

Norizam menjelaskan bahawa beliau sudah berusaha untuk membawa masuk pengendali baharu, Alfredo Vera dan jurulatih kecergasan, Gonzales Gidi bagi menguatkan pasukan.

Bagaimanapun beliau meluahkan rasa kesal apabila beberapa pemain import baharu gagal didaftarkan kerana masalah teknikal berkaitan Transfer Matching System (TMS) Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)

Iklan

"Saya sudah usaha bawa team coaches baharu. Coach Alfredo dan Gonzales. Mereka sudah didaftarkan.

"Tetapi pemain import baharu tak dapat didaftarkan kerana masalah teknikal TMS yang hanya FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) sahaja boleh bantu bermula pembukaan jendela perpindahan pemain pada 27 Julai lalu.

"Kelantan hanya ada masa empat hari untuk daftar pemain. Masalah teknikal TMS ini sangat mudah diselesaikan tetapi hanya boleh akses selepas 4 Ogos iaitu selepas tutup pendaftaran pemain asing pada 1 Ogos,” katanya.

Justeru Norizam percaya, Kelantan FC mampu memberi tentangan sengit ke atas JDT sekiranya TRW boleh mendaftarkan pemain import baharu.

"Insya-ALLAH jika Kelantan boleh daftar (pemain baharu), tentu kita tak kalah seteruk ini. Sikap double standard sesetengah pegawai FAM sangat mengecewakan saya.

"Saya tahu Kelantan FC akan didenda, dikenakan tindakan di atas komen ini, tapi saya sudah empat tahun dengan Kelantan FC.

"Saya juga tahu Kelantan memang tempat untuk FAM denda. Saya sudah biasa,” katanya.