Program jelajah Fit Malaysia

Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail (depan empat, kiri) bersama para peserta selepas menyempurnakan perasmian program Jelajah Fit Malaysia di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa (KSLA) Labuan hari ini.

Penganjuran yang melibatkan lebih 7,000 penyertaan ini adalah julung kali diadakan pada tahun ini oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), berkonsepkan kecergasan melibatkan pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat dengan matlamat untuk membudayakan sukan sebagai salah satu gaya hidup masa kini.

Sebanyak 23 acara sukan dijalankan antaranya Fun Walk 3KM, Fun Run 5km dan 10KM, Fun Ride 30KM, Aerobikton, acara sukan lasak, pertandingan dan pelbagai aktiviti kecergasan.

Iklan
Iklan

Jelajah Fit Malaysia oleh KBS ini menjadi platform pembudayaan sukan untuk semua dengan mengamalkan gaya hidup aktif dan cergas selari dengan visi sukan negara 2030 untuk mencapai status Negara Sukan atau Sporting Nation.