Anggota bomba maut kemalangan rancang kahwin tahun depan

Iklan
Seorang anggota bomba maut dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas tamat bertugas apabila motosikal yang ditungganginya dilanggar MPV di Jalan Hutan Simpan, Masjid Tanah di Alor Gajah pagi Ahad.. Gambar hiasan

ALOR GAJAH - Seorang anggota bomba maut dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas tamat bertugas apabila motosikal yang ditungganginya dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Hutan Simpan, Masjid Tanah di sini pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi itu, mangsa Muhammad Hafize Muhamad Sabri, 25, cedera di kepala dan anggota badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

"Kemalangan dipercayai berpunca selepas pemandu itu hilang kawalan dan telah masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Pulau Gadong, selepas tamat tugas di Balai Bomba Masjid Tanah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Arshad berkata, anggota bomba terbabit yang sudah bertunang dijangka berkahwin tahun depan.

Iklan

"Mayat mangsa telah dibawa ke Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987," katanya. - Bernama

Iklan