Nahas Elmina: Ayah tinggalkan pesan pergi sekolah elok-elok

Iklan
Muhammad Sharul Izuan menyiram air mawar di pusara bapanya.

SEPANG - [DIKEMAS KINI] Muhammad Sharul Izuan, 16, tidak menyangka minum pagi sebelum ke sekolah menjadi kenangan terakhir bersama ayahnya yang dijemput Ilahi dalam nahas pesawat terhempas di Elmina pada Khamis lalu.

Anak kepada pemandu e-hailing, Sharipuddin Shaari, 53, itu berkata, ayahnya tidak menunjukkan sebarang perubahan sebaliknya hanya menitipkan pesan supaya berhati-hati ke sekolah.

Iklan
Iklan

Muhammad Sharul Izuan berkata, dia tidak menyangka bapanya antara mangsa korban dalam nahas tersebut susulan kejadian itu diketahui lewat.

"Sekitar jam 6.30 petang polis datang ke rumah maklumkan kejadian. Sebelum itu saya tahu ada kejadian pesawat terhempas tapi saya tak sangka ayah antara salah seorang mangsa terlibat.

Iklan

"Masa dimaklumkan kejadian, saya terpaksa kawal emosi kerana tidak mahu menangis di depan ibu yang sedang bersedih," katanya ditemui di Masjid Sultan Hishamuddin Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) pada Ahad.

Jenazah Sharipuddin tiba di Masjid Sultan Hishamuddin BBST untuk disembahyangkan jam 12.20 tengah hari dan selesai dikebumikan di tanah perkuburan bersebelahan masjid berkenaan jam 12.50 tengah hari.

Iklan
Muhammad Sharul Izuan menyiram air mawar di pusara bapanya.

Allahyarham yang berasal dari Arau, Perlis meninggalkan isteri, Suriana Muda, 43, dan dua anak yang masih bersekolah iaitu Muhammad Sharul Izuan, 16, serta Nur Izzara Arissya, 9.

Muhammad Sharul Izuan menyifatkan ayahnya seorang yang mesra dan banyak bercakap terutama dengan ibu serta adiknya.

Ditanya mengenai perancangan selepas kehilangan ketua keluarga, dia berkata, belum berfikir ke arah itu kerana mahu menumpukan menyelesaikan urusan ayahnya terlebih dahulu.

Dia juga berhasrat memenuhi impian ayahnya yang mahu melihat dia memakai seragam polis.

"Amanah ayah suruh saya jadi polis. Saya pun tidak tahu kenapa ayah mahu saya menjadi polis tetapi mungkin sebab kebanyakan adik-beradik ayah, ramai yang jadi polis.

"Saya pun memang minat untuk jadi polis sejak dulu lagi. Insya-ALLAH saya cuba penuhi, yang penting kena habiskan belajar dulu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat suami sambut hari lahir anak tak kesampaian - Balu Sharipuddin

Jenazah Sharipuddin selamat dikebumikan

Nahas Elmina: Grab Malaysia bantu keluarga Sharipuddin

Hajat pulang melepas rindu ibu tidak kesampaian - Kakak pemandu Grab

Nahas Elmina: Ibu tak lalu makan teringat Sharipuddin

Nahas Elmina: Pemandu e-hailing sempat bergurau dengan isteri buat kali terakhir

'Ayah pesan simpan gambarnya baik-baik'