KUALA LUMPUR -"Mama tolong jaga anak-anak. I love you so much, take care,” itu kata-kata terakhir mangsa nahas kapal terbang terhempas berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Allahyarham Mohammad Taufiq Mohd Zaki kepada ibunya sebelum berlepas ke Langkawi pada Rabu lepas.
Mengingati pesanan Allahyarham itu, Rohani Mohamed Ibrahim, 62, berkata, beliau akan terus membantu menantunya, Suzana Paiman, 38, untuk menjaga empat cucu lelaki yang berusia tiga hingga 10 tahun.
"Isteri dia tidak bekerja. Saya dan suami hantar (cucu) pergi sekolah (semasa) dia (Allahyarham) bekerja di luar kawasan,” katanya kepada pemberita di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di sini hari ini.
Terdahulu, jenazah Mohammad Taufiq yang merupakan pegawai khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai, Datuk Seri Johari Harun selamat dikebumikan di tanah perkuburan itu pada kira-kira jam 1 tengah hari.
Berkongsi perwatakan Allahyarham, sambil menitiskan air mata Rohani berkata, Mohammad Taufiq, yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik, adalah seorang yang amat mengambil berat terhadap kedua ibu bapanya.
"Dia mengambil berat tentang mak ayah dia. Dia pergi mana-mana pun akan telefon tanya mama dah makan? Mama bagaimana? Dia anak yang baik, dia tidak menyusahkan kita,” katanya.
Mohd Zaki Abd Kadir, 69, pula berkata, dua cucunya telah dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti virus influenza sebelum Mohammad Taufiq berlepas ke Langkawi.
"Sebelum arwah pergi Langkawi, dia hantar anak dia ke Hospital Ampang Puteri. Dua anak dia kena influenza. Itu yang dia cakap dekat mak dia tolong jaga anak dia,” katanya.
Dalam insiden pada Khamis lepas, pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor, telah mengakibatkan 10 individu maut termasuk Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun.
Lapan yang maut adalah enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu manakala dua lagi orang awam masing-masing penunggang motosikal serta pemandu kereta yang melalui kawasan kejadian. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: Teknik patologi bantu kenal pasti mangsa nahas pesawat
Sembilan van jenazah bawa mangsa nahas pesawat
Tujuh waris nahas pesawat layak terima pampasan PERKESO
Proses pemadanan DNA selesai, semua jenazah boleh dituntut[KRONOLOGI] Kes pesawat terhempas di Elmina
Nahas Elmina: Abang tunai janji pulang awal - Adik
Nahas Elmina: Jenazah Muhamad Hafiz selamat dikebumikan
'Arwah sanggup kerja siang malam nak bantu adiknya
Agong beri sumbangan peribadi kepada balu nahas pesawat Elmina
Punca pesawat tiba-tiba terjunam
Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis
Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar
Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahunNahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang
'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'
Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis
Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen
Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman
Nahas Elmina: Siasatan pesawat terhempas dijangka ambil masa seminggu
'Johari keluar mesyuarat secara tiba-tiba'- Syed Ibrahim
Nahas Elmina: Siasatan dijalankan BSKU, pakar penerbangan AS
Tayamum antara kaedah urus jenazah tidak sempurna - Mufti
Nahas Elmina: Dugaan 54 hari berpantang
'Ayah, mak terduduk bila dapat tahu tentang abang' - Adik mangsa
Nahas Elmina: CVR mampu rakam bunyi kokpit selama dua jam
Allahyarham Johari suka bersedekah, mudah didekati - Penduduk Pelangai
Nahas Elmina: 'Tiada lagi rutin bersama Ustaz Deris'