Nahas Elmina: Penantian keluarga berakhir, kini tunggu laporan siasatan

Iklan
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berusaha memadam kebakaran di lokasi kejadian pesawat terhempas di Elmina Shah Alam.

KUALA LUMPUR - Penantian ahli keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam pada Khamis lepas berakhir hari ini selepas semua 10 jenazah diserahkan kepada waris untuk dikebumikan di tempat masing-masing.

Bermula dengan jenazah penunggang p-hailing Muhammad Hafiz Muhammad Salleh, 32, yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda, Kampung Jerung, Kedah, semalam, sembilan mangsa lain dikebumikan secara berperingkat hari ini.

Iklan
Iklan

Selepas tiga hari insiden tragis itu berlaku, proses pengecaman dan padanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berjaya diselesaikan sehari awal berbanding jangkaan asal, esok.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, sebanyak 300 sampel cebisan mayat dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan padanan DNA yang melibatkan 30 pegawai patologi dan forensik dalam proses bedah siasat.

Iklan

Beliau mengesahkan tiada lagi mana-mana individu yang terlibat dan terkorban selain daripada 10 mangsa itu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Turut tersenarai dalam pesawat itu ialah juruterbang Shahrul Kamal Roslan, 41, dan pembantu juruterbang Heikal Aras Abdul Azim, 45, serta lima penumpang iaitu Muhammad Taufik Mohd Zaki, 37, Khairil Azwan Jamaludin, 43, Shaharul Amir Omar, 49, Mohammad Naim Fawwas Mohamed Muaidi, 35, dan Idris Abdul Talib @ Ramali, 41.

Iklan

Dua lagi adalah orang awam iaitu Muhammad Hafiz dan pemandu e-hailing Sharipudin Shaari, 51, yang melalui kawasan kejadian.

Ketika insiden, pesawat jenis Beechcraft 390 Premier 1 itu dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat kebenaran untuk mendarat pada jam 2.48 petang.

Polis menyiasat kes itu sebagai mati mengejut namun bagi Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU), siasatan insiden berkenaan akan dilaksanakan dari aspek nahas tersebut.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, alat perakam suara kokpit (CVR) yang ditemukan daripada pesawat dihantar ke BSKU pada 18 Ogos untuk dianalisis.

Tumpuan kini adalah laporan awal siasatan nahas seperti dimaklumkan oleh Kementerian Pengangkutan yang akan disediakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh insiden nahas udara itu.

Menurut MOT, siasatan teknikal berdasarkan Lampiran 13 - Kemalangan Pesawat dan Siasatan Insiden, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) telah dimulakan oleh pasukan BSKU dari tarikh kejadian kemalangan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Kenalan, waris Johari tiba di tanah perkuburan

Teknik patologi bantu kenal pasti mangsa nahas pesawat

Sembilan van jenazah bawa mangsa nahas pesawat

Jenazah ADUN Pelangai akan dikebumikan hari ini

Tujuh waris nahas pesawat layak terima pampasan PERKESO

Proses pemadanan DNA selesai, semua jenazah boleh dituntut

Nahas Elmina: KP Selangor hadir mesyuarat urusan jenazah mangsa

[KRONOLOGI] Kes pesawat terhempas di Elmina

Nahas Elmina: Abang tunai janji pulang awal - Adik

Nahas Elmina: Jenazah Muhamad Hafiz selamat dikebumikan

Urusan pengebumian Johari diserahkan kepada waris

Orang ramai berkumpul tunggu jenazah Muhamad Hafiz

'Arwah sanggup kerja siang malam nak bantu adiknya

Agong beri sumbangan peribadi kepada balu nahas pesawat Elmina

Nahas Elmina: Balu ADUN Pelangai hadir ke HTAR

Punca pesawat tiba-tiba terjunam

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini

Nahas Elmina: Jalan Persiaran Elmina dibuka kepada pengguna

Paling awal bedah siasat selesai pada Isnin - Razarudin

Nahas Elmina: Siasatan pesawat terhempas dijangka ambil masa seminggu

'Johari keluar mesyuarat secara tiba-tiba'- Syed Ibrahim

Nahas Elmina: Siasatan dijalankan BSKU, pakar penerbangan AS

Tayamum antara kaedah urus jenazah tidak sempurna - Mufti

Nahas Elmina: Dugaan 54 hari berpantang

'Ayah, mak terduduk bila dapat tahu tentang abang' - Adik mangsa

Nahas Elmina: CVR mampu rakam bunyi kokpit selama dua jam

Allahyarham Johari suka bersedekah, mudah didekati - Penduduk Pelangai

Nahas Elmina: Proses bedah siasat semua mangsa selesai

Nahas Elmina: Jenazah Muhammad Hafiz akan diserahkan kepada waris

Nahas Elmina: 'Tiada lagi rutin bersama Ustaz Deris'