Kelantan tak mampu tandingi kepantasan JDT

Iklan
Pemain pertahanan Kelantan, Reegan Abraham (kanan) mengasak Arif Aiman pada perlawanan kedua Pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu.

KEKALAHAN Kelantan FC 0-10 kepada penyandang juara Piala Malaysia, Johor Darul Ta;zim (JDT) disifatkan kekalahan terburuk sepanjang karier kejurulatihan pengendali The Red Warriors (TRW), Alfredo Vera.

Malah, Vera yang berasal dari Argentina mempunyai pengalaman melatih beberapa kelab divisyen utama dan kedua Liga Indonesia seperti Persipura Jayapura, Persebaya Surabaya, menegaskan situasi itu juga belum pernah berlaku sepanjang melibatkan diri dalam dunia kejurulatihan.

Iklan
Iklan

Biarpun menjangkakan kekalahan TRW berdepan anak buah Esteban Solari, namun Vera mengakui terkejut dengan jumlah jaringan ketika kelab pantai timur itu berusaha mengurangkan defisit berikutan kekalahan 1-5 semasa aksi pertama pusingan 16 di Stadium Sultan Ibrahim pada 4 Ogos lalu.

"Sejujurnya antara 11 pemain yang beraksi menentang JDT malam ini, hanya seorang sahaja yang miliki kualiti beraksi dalam perlawanan berintensiti tinggi seperti ini.

Iklan

"Para pemain lain tidak mampu untuk menandingi kepantasan corak permainan JDT yang menguasai keseluruhan rentak permainan,” katanya.

Dalam perlawanan kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu, Solari menurunkan barisan terbaik Harimau Selatan memulakan pesta gol menerusi Bergson da Silva (m-21, m-43, m-72), Takahiro Kunimoto (m-24, m-37) dan Juan Muniz (m-54).

Iklan

Tuan rumah melebarkan lagi jaringan menerusi Daryl Sham (m-59), Heberty Fernandes (m-61), Arif Aiman (m-64) sebelum Aysar Hadi (m-93) mengesahkan kemaraan Harimau Selatan ke suku akhir dengan agregat 15-1.

Tambah Vera lagi," Jika mahu cari alasan mengenai kekalahan itu tentu sahaja banyak, kerana juga membabitkan persiapan pasukan yang dibarisi pemain muda kebanyakan Bawah 18 tahun serta 23 tahun yang masih belum berpengalaman berdepan pasukan kompetitif.

"Dalam perlawanan ini, hanya seorang pemain import saja yang beraksi 90 minit selepas Leandro (Rolon) beraksi 10 minit akibat kecederaan selain pasukan tidak memiliki `stopper' di bahagian pertahanan.” ujarnya.