Bas terbakar di Pakistan, 20 maut, 15 cedera

Iklan
Anggota penyelamat segera ke lokasi dan memindahkan mangsa ke hospital tempatan. - Foto AP

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya 20 orang maut manakala 15 yang lain cedera pada Ahad selepas sebuah bas penumpang bertembung dengan sebuah kenderaan dan terbakar di daerah Hafizabad di wilayah Punjab timur Pakistan, lapor pegawai penyelamat dan kesihatan.

Pasukan penyelamat berkata, kemalangan itu berlaku pada awal pagi di jalan raya di Faisalabad Toll Plaza selepas bas penumpang bertembung dengan sebuah van pikap membawa bekas berisi bahan bakar yang mencetuskan kebakaran, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Sebaik menerima maklumat itu, anggota penyelamat segera ke lokasi dan memindahkan mangsa ke hospital tempatan, kata pasukan penyelamat.

Sebahagian daripada mangsa yang cedera melecur teruk manakala tiga daripada mereka dalam keadaan kritikal, tambahnya.

Iklan

Kira-kira 40 penumpang menaiki bas itu, menurut pasukan penyelamat.

Dilaporkan bas malang itu sedang dalam perjalanan dari bandar pelabuhan selatan negara itu, Karachi, ke ibu negara Islamabad. - Bernama

Iklan