'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin

Iklan
Hishammuddin berkongsi gambarnya di akaun TikTok pada Ahad.

SHAH ALAM -"Dah 30 tahun dalam dunia politik, sekarang baru dapat masa healing," demikian kongsi bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di akaun TikToknya pada Ahad.

Dua gambar yang dimuat naik menunjukkan beliau berada di kawasan seperti padang pasir yang berbukit, namun tidak dinyatakan lokasinya.

Iklan
Iklan

Beliau sebelum ini menyambut hari lahir ke-62 pada 5 Ogos lalu dan turut menzahirkan terima kasih kepada mereka yang memberikan ucapan dan mendoakan kesihatannya.

Dalam pada itu, beberapa komen yang ditinggalkan pengguna media sosial berkenaan menarik perhatian antaranya berharap beliau kembali semula dalam kepimpinan UMNO selepas tamat tempoh penggantungan.

Iklan

Tidak kurang juga ada yang menyatakan bahawa akar umbi parti masih menyokong dan berada di belakangnya.

Hishammuddin digantung daripada UMNO selama tempoh enam tahun bermula daripada 27 Januari 2023 atau dua penggal pemilihan Majlis Kerja Tertinggi parti.

Iklan