Pelacuran berselindung di sebalik spa, rumah urut

Iklan
Azmi memeriksa pasport milik salah seorang wanita warga asing yang ditahan dalam Ops Noda di Puchong.

KLANG - Berselindung di sebalik pusat rawatan spa dan rumah urut sebenarnya adalah tempat melampiaskan nafsu untuk kegiatan persundalan oleh wanita warga asing.

Kegiatan itu bagaimanapun dibongkar Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, menerusi Ops Noda di dua premis berasingan di Klang dan Puchong malam semalam.

Iklan
Iklan

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Azmi Shukor berkata, serbuan bermula jam 9.15 malam berjaya menahan seramai 25 wanita warga asing berusia lingkungan 20 hingga 40-an serta lapan warga tempatan membabitkan penjaga premis serta pekerja.

Menurutnya, mereka yang ditahan adalah 16 warga Vietnam, lapan warga Indonesia dan seorang warga Thailand.

Iklan

"Serbuan pertama di Jalan Batu Tiga, Klang membawa tangkapan seramai sembilan individu termasuk empat wanita warga asing. Manakala, serbuan kedua pada jam 1 pagi di Bandar Puteri Puchong, Puchong, seramai 24 individu diberkas termasuk 21 wanita warga asing.

"Polis merampas beberapa barang dipercayai digunakan dalam aktiviti persundalan seperti kondom, minyak pelincir seks serta tisu," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan
Antara wanita warga asing yang ditahan menerusi Ops Noda di Puchong, awal pagi semalam.

Beliau berkata, modus operandi premis ini dipercayai menawarkan khidmat seks dengan harga RM130 sehingga RM150. Katanya, kegiatan ini 'dipromosi' menggunakan aplikasi WeChat dengan memaparkan gambar-gambar wanita warga asing terbabit.

"Pelanggan yang berminat akan 'booking' wanita tersebut sebelum datang ke premis terbabit," katanya.

Sebahagian barang yang dirampas dalam Ops Noda.

Tambahnya, kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara dan IPD Serdang untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Peraturan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan Seksyen 55(B) Akta Imigresen," katanya.