KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan kekesalan terhadap penahanan seorang penggiat media sosial, malam tadi.
"Saya dimaklumkan bahawa pihak berkuasa telah membuat satu tangkapan terhadap seorang penggiat media sosial malam tadi. Seperti yang pernah saya tekankan sebelum ini, tidak ada mana-mana pemimpin di Malaysia yang bebas dari kritikan,” katanya di laman Twitter beliau, hari ini.
Iklan
Iklan
Perdana Menteri menegaskan rakyat bebas untuk mengkritik pemimpin jika perlu, dan kebebasan bersuara adalah penting dalam sesebuah (negara) demokrasi.
"Kecuali ugutan, fitnah, atau penghinaan terhadap raja-raja yang memerintah, mana-mana pemimpin boleh dikritik tanpa mengakibatkan terjejasnya hak rakyat untuk bersuara,” katanya.
Media sosial digemparkan dengan penahanan seorang penggiat media sosial, Firdaus Abdillah Hamzah atau @pipiyapong yang dipercayai menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Twitter, namun tiada sebarang pengesahan.
Penahanan netizen itu turut mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk aktivis politik, Khalid Ismath. - Bernama
Artikel Berkaitan