Emery puji semangat pemain

Iklan
Bailey (kiri) meraikan jaringannya bersama Diaby ketika menentang Everton. - Foto AFP

ASTON Villa menang buat kali pertama musim ini selepas menundukkan Everton 4-0 untuk memadamkan kekecewaan tewas kepada Newcastle United hujung minggu lalu.

Villa dibelasah 1-5 oleh Newcastle dalam permulaan buruk kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) mereka.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, skuad kendalian Unai Emery itu kembali ke landasan kemenangan di Villa Park apabila gol daripada John McGinn, Douglas Luiz, Leon Bailey dan Jhon Duran menumpaskan Everton.

Emery berharap kemenangan terbesar Villa itu akan menjadi tonik berharga apabila mereka akan bersaing di Eropah buat kali pertama dalam tempoh 13 tahun selepas layak ke Liga Persidangan Europa.

Iklan

"Kami perlu bertindak balas seperti yang kami lakukan. Kami melakukan banyak perkara yang baik tetapi ada beberapa saat kami boleh melakukan lebih baik," katanya.

Dalam pada itu, Everton tampak tidak menjadi selepas mengelak penyingkiran musim lalu dan anak buah Sean Dyche itu dilihat perlu sekali lagi berjuang untuk terus kekal di EPL musim ini.

Iklan

Tewas 0-1 di tempat sendiri kepada Fulham hujung minggu lalu menyaksikan Everton perlu mencari cara untuk bangkit.

Ini adalah kali ketiga Everton tewas dalam dua perlawanan pembukaan liga tanpa menjaringkan gol sejak 1956.

"Saya tidak akan membuat sebarang alasan. Vila mempunyai lebih banyak kelebihan. Mereka jauh lebih baik daripada kita," kata Dyche.