Mata kering, Datuk K mohon bercermin mata hitam

Iklan
Datuk K hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin, selaku saksi pembelaan kelapan, bagi kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR - Pasukan pembelaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon supaya saksi pembelaan kelapan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dibenarkan untuk memakai cermin mata hitam semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin.

Peguam, Hamidi Mohd Noh yang mewakili Timbalan Perdana Menteri ini berkata, Khalid yang lebih dikenali sebagai Datuk K, baru sahaja selesai menjalani pembedahan mata.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ahli perniagaan itu mempunyai masalah mata dan memerlukannya untuk memakai kaca mata gelap.

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini hakim Mahkamah Rayuan) kemudian bertanya sama ada perkara itu amat diperlukan buat masa ini.

Iklan

Hamidi: Matanya menjadi kering jika terkena cahaya, untuk maklumat lanjut, perlu bertanya sendiri kepada Datuk Khalid.

Khalid: Saya baru buat (pembedahan) mata, jadi ia menyebabkan mata saya kering dan kadang-kadang berair apabila terkena cahaya.

Iklan

Sequerah: Cermin itu gelapkah?

Khalid: Tidak gelap sangat, hanya 30 peratus hitam, saya boleh buka (cermin mata) ini jika mahkamah arahkan, tapi saya akan rasa tidak begitu selesa.

Sequerah kemudian membenarkan permohonan itu atas alasan kesihatan.

Ahmad Zahid, 70, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Prosiding bersambung dengan Khalid membaca pernyataan saksinya.