Djokovic bangkit jinakkan Alcaraz, rangkul kejuaraan Cincinnati

Iklan
Reaksi Djokovic selepas menang di Terbuka Cincinnati. - Foto AFP

NOVAK Djokovic kembali membuktikan statusnya sebagai bintang tenis tersohor dunia apabila bangkit mengatasi pemain nombor satu dunia Carlos Alcaraz 5-7, 7-6(7), 7-6(4) sekaligus merangkul kejuaraan ATP Cincinnati Masters dalam aksi ngeri menyayat hati.

Perlawanan berintensi tinggi hampir empat jam itu menyaksikan bintang tenis Serbia tersebut mengoyakkan bajunya selepas menang seolah-olah puas hati dapat menebus kekalahan kepada pemain muda Sepanyol berkenaan pada final Wimbledon bulan lalu.

Iklan
Iklan

"Begitu banyak yang ingin diperkatakan dan begitu sedikit tenaga.

"Ia adalah satu perlawanan yang mencabar dan pastinya antara perlawanan paling sukar serta paling menarik yang pernah saya sertai dalam mana-mana kejohanan.

Iklan

"Sejujurnya ia terasa seperti final Grand Slam, malah lebih daripada itu," kata Djokovic semasa mengumpul gelaran Cincinnati Masters ketiganya.

Alcaraz (kiri) dan Djokovic selepas Terbuka Cincinnati. - Foto AFP

Kemenangan itu memberikan Djokovic gelaran ke-95 dalam kariernya dan gelaran Masters 1000 ke-39.

Iklan

Kejohanan itu juga yang pertama Djokovic di bumi Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh dua tahun selepas dia dilarang memasuki negara itu selepas tidak mematuhi peraturan vaksinasi Covid-19.

Sementara itu, Alcaraz menyifatkan"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Novak sekali lagi.

"Sungguh menakjubkan bermain menentang anda, berkongsi gelanggang dengan anda, belajar daripada anda. Perlawanan ini sangat dekat tetapi saya belajar banyak.”