Penolong pegawai tadbir, isteri ditahan disyaki salah guna kuasa

Iklan
SPRM Terengganu menahan seorang Penolong Pegawai Tadbir Kanan di sebuah jabatan kerajaan Terengganu dan isterinya kerana disyaki menyalah guna kuasa. - Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan seorang Penolong Pegawai Tadbir Kanan di sebuah jabatan kerajaan Terengganu dan isterinya kerana disyaki menyalah guna kuasa.

Penjawat awam itu dipercayai memberi kira-kira 70 perolehan pembaikan kenderaan dianggarkan bernilai RM130,000 kepada syarikat yang berkepentingan dengannya.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, suspek dikatakan memberikan perolehan itu kepada syarikat milik isterinya selain turut mengesyorkan kerja-kerja pembaikan kenderaan jabatan berkenaan kepada bengkel yang dimiliki oleh sebuah koperasi di mana suspek merupakan ahli lembaga koperasi merangkap Setiausaha Jawatankuasa Perdagangan di koperasi tersebut.

Katanya, kes itu dipercayai berlaku sejak 2021 hingga 2022.

Iklan

Difahamkan, kedua-dua suspek berusia lingkungan lewat 50-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu sekitar jam 11 pagi pada Isnin.

Suspek dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Selasa bagi proses permohonan reman.

Iklan

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.