[VIDEO] Bot kehabisan minyak, tiga nelayan ditemui selamat di Tak Bai

Iklan

BACHOK - Tiga nelayan yang dikhuatiri hilang berjaya ditemui di Belawan, Tak Bai di Thailand pada jam 2.32 petang yang terletak 10 kilometer (km) dari perairan Malaysia pada Isnin.

Mangsa yang dikenali sebagai Rohimi Ahmad, 47; Nik Muhammad Syafiqrullah Abdul Hafiz, 21; dan Muhammad Amir Zulfikar Che Wil, 29, dikatakan berada dalam keadaan selamat dan dipercayai bot dinaiki mereka mengalami kehabisan minyak.

Iklan
Iklan

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan, Komander Maritim Khairun Dalilah Bahari berkata, bot mereka dipercayai telah dihanyutkan ke negara jiran.

"Sekarang ini mereka dalam perjalanan pulang ke sini dan pihak kami juga akan membantu menunda bot tersebut ke jeti," katanya semasa sidang akhbar.

Iklan
Tiga nelayan yang dikhuatiri hilang berjaya ditemui di Belawan, Tak Bai di Thailand pada jam 2.32 petang yang terletak 10km dari perairan Malaysia pada Isnin.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan tiga nelayan dikhuatiri hilang selepas bot yang dinaiki tidak pulang ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Kemasin, di sini pada Ahad.

Ketiga-tiga mangsa sepatutnya tiba di jeti pada jam 6 petang hari yang sama.

Iklan

Bot terbabit dilaporkan keluar ke laut bersama empat buah bot yang lain dan mula bergerak balik secara berasingan.

Bagaimanapun, setelah empat buah bot yang lain tiba di jeti, didapati bot yang dinaiki ketiga-tiga mangsa masih tiada di jeti berkenaan.