NEW YORK - Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki pada Khamis berkata, rancangan perdamaian Timur Tengah oleh Washington tidak menunjukkan keikhlasan sebenar Amerika Syarikat (AS) tetapi ia lebih kepada meletakkan"syarat menyerah kalah", lapor agensi berita Xinhua.
"Kita tidak mahu terlibat dengan usaha damai seperti itu, tindak tanduk AS sukar diduga dan rancangan itu tidak layak untuk dipanggil sebagai pelan damai," kata al-Maliki pada mesyuarat majlis keselamatan di Dewan Arria.