Sedikit ujian dariNYA, isteri Aliff Syukri reda

Iklan
Salah seorang bayi dalam kandungan Nur Shahida berada dalam keadaan sihat.

SELASA lalu, isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dimasukkan ke hospital selepas mengalami pendarahan teruk.

Hari ini, menerusi entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Nur Shahida bagaimanapun berkongsi berita sedih salah seorang bayi kembar yang dikandungnya gugur.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah walaupun satu dah gugur, masih ada satu lagi yang sangat-sangat sihat. Doktor kata dah ada denyut jantung,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri mungkin keguguran, Aliff Syukri mohon doa peminat

Iklan

Dalam pada itu, Nur Shahida turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan dirinya dan kandungannya.

"Saya reda kerana ALLAH beri saya banyak nikmat. Anak saya ramai. Sedangkan ramai di luar sana yang berikhtiar untuk hamil dan belum mendapat peluang itu.

Iklan

"Sepatutnya saya bersyukur kerana ALLAH limpahkan banyak rezeki untuk saya. Apalah sangat diduga dengan sedikit ujian,” tulisnya lagi.

Katanya, kejadian berlaku mungkin disebabkan dirinya terlalu aktif dan banyak benda yang berlaku sejak dua minggu lalu menyebabkan dia sibuk serta tertekan.