Setem kenang-kenangan sempena 100 tahun Bukit Bendera
Iklan
Kon Yeow (kanan) dan Fiona Liao menunjukkan setem khas yang dikeluarkan sempena sambutan ulang tahun ke-100 Bukit Bendera.
GEORGETOWN - Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PHC) dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) melancarkan Setem Kenang-Kenangan serta Sampul Surat Hari Pertama sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-100 Funikular Bukit Bendera.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, inisiatif itu dapat menyegarkan kenangan semua pihak tentang perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera, sejak generasi pertama koc dulu hingga generasi ketiga koc kini.
Iklan
Iklan
"Pada hari ini, kita sama-sama bagi menyambut ambang 100 tahun ulang tahun perkhidmatannya dengan pelbagai kenangan, perubahan demi perubahan serta atas semangat perpaduan yang dibawa kepada komuniti kita,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran yang diadakan di Stesen Bawah Bukit Bendera di sini, pada Isnin.
Hadir sama, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Kumpulan Pos Malaysia, Fiona Liao; Pengurus Besar PHC, Datuk Cheok Lay Leng dan Pengurus Pos Malaysia Pulau Pinang, Ismahari Alwi serta Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara Semenanjung Malaysia, Shahrul Aman Sabir Ahmad.
Iklan
Kon Yeow berkata, setem kenang-kenangan serta sampul surat berkaitan boleh didapati secara dalam talian dan juga di pejabat-pejabat pos terpilih di seluruh negara mulai Selasa dengan kadar harga RM64.20 bagi setiap satu set lengkap.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam" /><meta itemprop="description" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam
#SinarHarian #BeritaSemasa #selamatkanmangsabotkaram #pulaujarak" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-11-22T08:05:36.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/XPHuy1dG3kjhIe-Uc/x180" /><meta itemprop="duration" content="P113S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x99kmyk" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x99kmyk"></script>