TEHRAN - Satu rang undang-undang kontroversi di Iran yang mengukuhkan etika berpakaian yang ketat telah diluluskan oleh jawatankuasa parlimen khas, lapor Agensi Berita Tasnim yang dipetik Agensi Berita Jerman (dpa) pada Isnin.
Peraturan itu, yang belum berkuat kuasa memperuntukkan hukuman berat bagi mereka yang tidak mengendahkan kod berpakaian.