Pelakon Indonesia, Raffi Ahmad mahu jumpa Anwar Ibrahim

Iklan
Raffi - Foto Facebook Raffi Ahmad

[DIKEMAS KINI] PELAKON dan juga pempengaruh media sosial dari Indonesia, Raffi Ahmad menyatakan impiannya untuk bertemu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar akan ke Jakarta awal bulan depan dan Raffi berharap dapat bertemu beliau pada majlis Temu Anwar di Jakarta.

Hasrat tersebut dimuat naiknya menerusi video di Instagram Story.

Iklan
Iklan

"Assalammualaikum, nama saya Raffi Ahmad. Assalammualaikum Pak Anwar, apa khabar Malaysia Madani?"Saya sebetulnya tak sabar ingin bertemu dengan Perdana Menteri di majlis Temu Anwar di Jakarta.

"Sampai ketemu insya-ALLAH 5 September 2023 di Jakarta. Sampai jumpa,” katanya.

Iklan
Iklan

Begitupun, Raffi tidak membutirkan alasan mengapa dia ingin bertemu dengan Anwar. - Awani