KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Data perakam suara kokpit (CVR) pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Persiaran Elmina, Khamis lalu gagal diekstrak pihak makmal di Singapura.
Sehubungan itu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, CVR berkenaan akan dihantar ke kilang pengeluar di Florida, Amerika Syarikat (AS) dalam masa terdekat selepas mendapat maklumat daripada Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan Udara (BSKU) pada Selasa.
"Pagi tadi saya mendapat laporan daripada ketua biro (BSKU), makmal di Singapura juga tak dapat keluarkan rakaman suara tersebut. Jadi ada beberapa isu teknikal, kekangan yang tidak dapat mengeluarkan rakaman tersebut.
"Ketua biro akan balik ke Kuala Lumpur petang ini (Selasa) dan memberikan penjelasan kepada saya. Tindakan susulan mungkin perlu hantar 'memory puck' ke AS untuk dianalisa.
"Kita akan membuat perancangan seawal mungkin untuk membenarkan pasukan BSKU pergi ke Florida untuk cuba 'retrive' perakam suara tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Keselamatan Penerbangan 2023 pada Selasa.
Sebelum ini media melaporkan, CVR tersebut dihantar ke Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan Singapura bagi mendapatkan rakaman 30 minit terakhir sebelum terhempas setelah BSKU menghadapi kesukaran ekoran 'memory puck' berada dalam keadaan tidak sempurna.
Sementara itu, mengulas mengenai kebolehan Malaysia menganalisis data berkaitan kemalangan pengangkutan udara, Anthony menjelaskan, kerajaan sedang berusaha untuk menambah baik kemudahan fasiliti termasuk menganalisis data CVR.
Beliau menegaskan, tuduhan kerajaan tidak mahu lakukan siasatan dalam negara adalah tidak benar dan tidak berasas.
"Dalam dunia penerbangan, kita kena faham bahawa tiada satu negara yang mampu lakukan segala-galanya. Sebab itu kita perlukan kerjasama serantau, antarabangsa.
"Bukan soalnya kita tak nak buat di Malaysia cuma ada kekangan dan peralatan ini memerlukan pelaburan.
"Apabila dalam keadaan kecemasan, kita terpaksa mendapatkan bantuan daripada pihak luar dan keutamaan saya adalah memberi jawapan kepada keluarga mangsa (dan) orang ramai secepat mungkin," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: [KRONOLOGI] Kes pesawat terhempas di Elmina
Kenalan, waris Johari tiba di tanah perkuburan
Teknik patologi bantu kenal pasti mangsa nahas pesawat
Gagal ekstrak data, CVR akan dihantar ke Amerika Syarikat
Sembilan van jenazah bawa mangsa nahas pesawat
Jenazah ADUN Pelangai akan dikebumikan hari ini
Tujuh waris nahas pesawat layak terima pampasan PERKESO
Proses pemadanan DNA selesai, semua jenazah boleh dituntut
Nahas Elmina: KP Selangor hadir mesyuarat urusan jenazah mangsa
Nahas Elmina: Abang tunai janji pulang awal - Adik
Nahas Elmina: Jenazah Muhamad Hafiz selamat dikebumikan
Urusan pengebumian Johari diserahkan kepada waris
Orang ramai berkumpul tunggu jenazah Muhamad Hafiz
'Arwah sanggup kerja siang malam nak bantu adiknya
Agong beri sumbangan peribadi kepada balu nahas pesawat Elmina
Nahas Elmina: Balu ADUN Pelangai hadir ke HTAR
Punca pesawat tiba-tiba terjunam
Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna
Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis
Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar
Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat
Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna
Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun
Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang
'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'
Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis
Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen
Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan
Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman
Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini
Nahas Elmina: Jalan Persiaran Elmina dibuka kepada pengguna
Paling awal bedah siasat selesai pada Isnin - Razarudin
Nahas Elmina: Siasatan pesawat terhempas dijangka ambil masa seminggu
'Johari keluar mesyuarat secara tiba-tiba'- Syed Ibrahim
Nahas Elmina: Siasatan dijalankan BSKU, pakar penerbangan AS
Tayamum antara kaedah urus jenazah tidak sempurna - Mufti
Nahas Elmina: Dugaan 54 hari berpantang
'Ayah, mak terduduk bila dapat tahu tentang abang' - Adik mangsa
Nahas Elmina: CVR mampu rakam bunyi kokpit selama dua jam
Allahyarham Johari suka bersedekah, mudah didekati - Penduduk Pelangai
Nahas Elmina: Proses bedah siasat semua mangsa selesai
Nahas Elmina: Jenazah Muhammad Hafiz akan diserahkan kepada waris
Nahas Elmina: 'Tiada lagi rutin bersama Ustaz Deris'
Nahas Elmina: Juruterbang Shahrul Kamal anak yang baik - Ibu
Nahas Elmina: Panggilan saudara dari Terengganu rungkai kerisauan keluarga
Anak sulung ketuai perjalanan terakhir Khairil Azwan
Nahas Elmina: Adik nekad teruskan legasi kebaikan Ustaz Deris
Nahas Elmina: Penantian keluarga berakhir, kini tunggu laporan siasatan
Juruterbang Heikal Aras taat ibu bapa, tak pernah tinggi suara - Abang
Tolong jaga anak-anak, pesan Mohammad Taufiq kepada ibu
Jenazah Shaharul Amir dikebumikan mengikut istiadat TLDM