Yamal pemain termuda beraksi di La Liga

Iklan
Yamal (tengah) cuba melepasi kawalan pemain Cadiz dalam aksi La Liga di Stadium Olimpic, Barcelona. - Foto AFP

SENSASI tercipta buat penyerang Barcelona, Lamine Yamal apabila muncul pemain termuda beraksi dalam kancah La Liga ketika gergasi Sepanyol itu menewaskan Cadiz, 2-0 pada Ahad.

Pemain berusia 16 tahun itu disenaraikan dalam kesebelasan utama menggantikan Raphinha yang digantung perlawanan.

Iklan
Iklan

Yamal bergandingan baik dengan rakan sepasukan menjana serangan sehingga beberapa kali mencemaskan kubu pertahanan Cadiz.

Malah dia hampir meledak gol dalam penampilan penuh pertamanya, tetapi dinafikan penjaga gol Cadiz, Conan Ledesma.

Iklan

Dia juga tidak bernasib baik apabila dinafikan sepakan penalti selepas dia dijatuhkan dalam kotak penalti Cadiz.

Dalam aksi itu, gol kemenangan Barcelona diraih hasil sentuhan Pedri yang meledak pada minit ke-82 dan Ferran Torres turut mencatat nama selaku penjaring menerusi jaringan pada masa tambahan.

Iklan

Ketika itu, dia yang masuk sebagai pemain gantian mencatat rekod sebagai pemain paling muda beraksi dalam skuad utama Barcelona.

Yamal juga mempunyai pencapaian peribadi menakjubkan apabila menjadi tonggak penting dalam skuad remaja Sepanyol, meledak 12 gol daripada 21 penampilan untuk skuad bawah 15 tahun (B-15) hingga B-19.