Pencerobohan PCG Singapura: Menteri tunggu laporan

Iklan
Kementerian Dalam Negeri belum menerima laporan berhubung dakwaan pencerobohan Polis Pengawal Pantai (PCG) Singapura yang memasuki perairan Malaysia dan melanggar jaring pukat sebuah bot nelayan tempatan. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail belum menerima laporan berhubung dakwaan pencerobohan Polis Pengawal Pantai (PCG) Singapura yang memasuki perairan Malaysia dan melanggar jaring pukat sebuah bot nelayan tempatan.

Jelasnya, satu kenyataan akan dikeluarkan sejurus beliau menerima laporan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya tunggu laporan dahulu," katanya menerusi sidang akhbar selepas majlis Perhimpunan Bulanan KDN di sini pada Selasa.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Ruji Ubi dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Iklan

SPCG dilapor dikesan melakukan tindakan tersebut pada 14 Ogos lalu.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, nelayan terbabit telah membuat aduan kepada pihak polis susulan insiden pihak SPCG melanggar pukat beliau di kedudukan 0.2 batu nautika di Barat Daya Tuas Checkpoint.

Iklan

Berdasarkan Peta Baru Malaysia 1979, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) mengesahkan bahawa lokasi kejadian adalah dalam perairan Malaysia.