Hayati erti merdeka, hargai pengorbanan pejuang - Wan Azizah

Iklan
Wan Azizah ketika sidang media pada Majlis Perasmian Program Merdeka Madani @ Puspanita di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) diseru agar sentiasa menghayati erti kemerdekaan dan menghargai pengorbanan wira yang memperjuangkan kebebasan tanah air.

Penaung Puspanita, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, nilai kemerdekaan negara bukanlah murah kerana ramai pejuang yang berkorban nyawa dalam usaha memerdekakan tanah air.

Iklan
Iklan

"Merdeka bukan bermaksud kibar Jalur Gemilang sahaja tetapi kita perlu tahu ‘harga’ untuk negara kita merdeka ini.

"Kalau kita tidak merdeka, kita dikawal dan dikongkong, tapi sekarang kita bebas dan (perlu) hargai nikmat merdeka ini,” kata isteri perdana menteri itu kepada pemberita selepas merasmikan Program Merdeka Madani@Puspanita di sini hari ini.

Iklan
Wan Azizah (enam dari kanan) mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-66 pada Majlis Perasmian Program Merdeka Madani @ Puspanita di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri. - Foto Bernama

Program Merdeka Madani@Puspanita merupakan aktiviti bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dalam kalangan ahli dan turut dihadiri oleh Yang Dipertua Puspanita, Puan Sri Norizam Che Mohd Nor.

Selaras dengan aspirasi Malaysia Madani, Puspanita turut menghulurkan sumbangan kebajikan kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan persatuan berkaitan kebudayaan dan tradisional pada program tersebut.

Iklan

Turut diadakan majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan berbalas pantun merdeka, pertandingan nyanyian bintang patriotik dan pertandingan Si Cilik Merdeka. - Bernama