'Lepuk dengan sehelai kertas, bukan kayu' - Sanusi

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin. Gambar kecil: Muhammad Sanusi

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mempertahankan tindakannya memukul kepala seorang wanita muda dengan sehelai kertas pada Sabtu.

Muhammad Sanusi berkata, kejadian itu hanyalah cara bergurau untuk menegur pelajar berkenaan kerana lambat memohon bantuan.

Iklan
Iklan

Katanya, beliau hanya memukul pelajar terbabit dengan sehelai kertas dan bukannya menggunakan kayu.

"Melawak dengan anak-anak, lagu tu lah cara kami kat kampung ni melawak. Anak tu nak masuk politeknik esok hari (kelmarin dulu).

Iklan

"Pada hari tu baru bagi surat minta sumbangan. Kena lepuk lah tapi tetap bagi juga RM650 untuk beli barang dia masuk politeknik," katanya memetik laporan Malaysiakini.

Sebelum ini, tular video berdurasi 18 saat menunjukkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu bergurau kasar dengan memukul kepala seorang wanita menggunakan kertas mendapat perhatian warganet.

Iklan

Kejadian tersebut turut disambut gelak tawa orang sekeliling yang menganggap ia sebagai jenaka biasa.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abd Aziz dilaporkan menyifatkan tindakan Menteri Besar Kedah yang memukul kepala seorang wanita dengan gulungan kertas seakan-akan bergurau dengan rakyat adalah sangat tidak beradab.

Amira Aisya, Muhammad Sanusi perlu menjaga adab apabila ingin bergurau dengan rakyat dan tidak menormalisasikan semua perkara sebagai jenaka.