Pendidikan STEM perlu lebih berfokus hadapi IR 4.0

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

SEREMBAN - Perkembangan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) perlu ada perubahan dan fokus dalam memberikan pendidikan yang menepati tonggak Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, ini kerana sistem pendidikan negara berdepan dengan cabaran untuk menghasilkan sumber manusia yang memiliki kemahiran sesuai dengan revolusi tersebut.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, ia meruoakan suatu perkara yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini dan perkembangan STEM berkait dengan Revolusi Industri 4.0.

"Sebagaimana namanya, revolusi ini adalah beroriantasikan transformasi digital dalam pembangunan mesin dan proses bagi menghasilkan produk yang berkualiti.

Iklan

"Anak-anak kita harus disiapsiagakan dengan kedinamikan ilmu, kemahiran yang varsiti dan keunggulan karakter yang cukup ampuh untuk menempuh masa hadapan yang sangat rumit dan mencabar," katanya.

Teks ucapan Lih Kang dibacakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuah, Yew Boon Lye sempena Majlis Penutupan STEM Evolution peringkat negeri 2023 di Sekolah Menangah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chan Wa pada Selasa.

Boon Lye (tiga dari kiri) ketika hadir pada program berkenaan pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, ia juga bertepatan dengan pekerjaan masa hadapan yang lebih luas dan saling berhubung.

"Besar harapan saya agar program yang memanifestasikan tahap daya fikir, kreativiti dan inovasi yang tinggi ini dapat terus dibudayakan dan disuburkan lagi agar menjadi satu norma dalam kehidupan anak-anak muda hari ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, program STEM Evolution yang sudah memasuki tahun ketiga dianjurkan itu sangat relevan dalam menyokong agenda inovasi negara selain sebagai platform menyuburkan lagi pembudayaan inovasi dan kreativiti dalam kalangan anak-anak muda.

"Diharapkan program seumpama ini diperbanyakkan pada masa hadapan.

"Saya percaya, pelbagai acara dalam pertandingan ini memberi peluang dan ruang kepada peserta dan semua yang hadir untuk mengukuhkan pendidikan STEM seperti Drone Challenge, Young Roboticists Challenge dan STEM Decathlon Challenge,” katanya.