KUALA LIPIS - BN Pahang bersedia berdepan PRK Cameron Highlands selepas penyandangnya, Datuk C Sivarraajh tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan keputusan PRU14 bagi kerusi Parlimen itu pada 30 November lalu.
Selepas tempoh rayuan kes tersebut berakhir semalam, satu PRK akan diadakan namun tarikhnya masih belum ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini.
Pengerusinya BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau menyifatkan ia satu tindakan baik oleh Sivarraajh yang tidak membuat rayuan tersebut.
"Walaupun pada awalnya Sivarraajh berhasrat membuat rayuan tetapi memilih menyerahkan kembali kepada rakyat membuat keputusan.
"Saya optimis peluang BN untuk mengekalkan kerusi Parlimen ini. Saya yakin rakyat dapat menilai dan membuat pilihan bijak siapa yang harus dipilih untuk mewakili mereka," katanya.
Beliau ditemui selepas Majlis Amanat dan Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) peringkat negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, semalam.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Exco Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Abd Aziz Mat Kiram.
Dalam pada itu ketika ditanya sama ada masih mengekalkan wajah sama,Wan Rosdy menyatakan kemungkinan besar Sivarraajh akan bertanding bagi kerusi Parlimen terbabit dan menyifatkan Naib Presiden MIC itu telah banyak
membantu pengundi di kawasan tersebut sejak tujuh bulan lalu.
"Namun ia terpulang kepada keputusan Presiden MIC dan Presiden BN untuk membuat keputusan muktamad.
"Tetapi buat masa ini kita (BN Pahang) masih belum mengemukakan sebarang senarai nama calon,"katanya yang juga Menteri Besar Pahang itu lagi.