Pemandu lori ditahan sebabkan kemalangan maut

Iklan
Gambar kecil: Nur Solehan Mohamad Zaidi

IPOH - Seorang pemandu lori ais ditahan polis dipercayai melanggar lampu isyarat merah hingga menyebabkan seorang penunggang motosikal terkorban dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Klebang Restu di sini hari ini.

Dalam nahas kira-kira jam 12 tengah malam itu, Nur Solehan Mohamad Zaidi, 23, yang tinggal di Kampung Che Zainal, Chemor meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda dari arah Ipoh dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

"Lori dari arah Chemor menghala ke Klebang Putra dipercayai melanggar lampu isyarat merah menyebabkan motosikal mangsa melanggar bahagian kiri kenderaan berat itu.

Iklan

"Akibat kemalangan itu, mangsa dibawa mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 pagi," katanya.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan pelbagai dan pemandu lori berusia 26 tahun itu ditangkap untuk siasatan lanjut

Iklan

"Kenderaan terlibat akan dihantar untuk pemeriksaan Puspakom dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.