Sun Life Malaysia rai ulang tahun ke-10

Iklan
Sun Life

SUN LIFE Malaysia terdiri daripada Sun Life Malaysia Assurance Berhad dan Malaysia Takaful Berhad meraikan sambutan ulang tahun ke-10 kejayaannya memasuki pasaran Malaysia sedekad yang lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Raymond Lew berkata, sejak penubuhannya pada 22 Ogos 2013, Sun Life Malaysia telah berjaya membantu 1.2 juta pelanggan dalam merealisasikan aspirasi kewangan mereka melalui pelbagai tawaran insurans dan takaful.

Iklan
Iklan

Menurutnya, aset di bawah pengurusan syarikat juga meningkat kepada RM6.2 bilion.

"Syarikat secara konsisten menunjukkan inovasi dalam membangunkan penyelesaian yang memenuhi keperluan pasaran yang semakin berkembang.

Iklan

"Kami berjaya menjadi perintis dalam landskap insurans dan takaful serta pertama menawarkan penyelesaian patuh syariah,” kata dalam kenyataan pada Selasa.

Raymond berkata, Sun Life Malaysia telah memperkenalkan insurans mikro berasaskan mudah alih dan dana ESG berkaitan pelaburan, yang memenuhi kedua-dua produk konvensional dan takaful.

Iklan

"Syarikat berbangga dengan komitmennya untuk melaksanakan perubahan positif dalam komuniti tempatan melalui usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR).

"Terutama, program pemeriksaan diabetes yang bermula pada 2019 yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pencegahan diabetes dengan menawarkan pemeriksaan percuma di farmasi terpilih.

Jelasnya sehingga kini, program itu telah memberi impak positif kepada lebih 21,000 rakyat Malaysia.

"Matlamat strategik syarikat pada masa akan datang merangkumi inovasi produk, meningkatkan pendigitalan dalam meluaskan manfaat perlindungan insurans dan takaful kepada rakyat Malaysia.