Polis setuju penubuhan IPCMC

Iklan
Ketua Pengarah Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed (kanan) bersalaman dengan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador selepas mempengerusikan mesyuarat bersama persatuan polis berkaitan penubuhan suruhanjaya bebas aduan dan salah laku polis di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat GIACC Bangunan Perdana Putra hari ini.- Bernama

PUTRAJAYA - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bersetuju dengan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dengan jaminan peranan dan kuasa polis tidak akan terhakis.

Ia dicapai berikutan perbincangan yang diadakan hari ini antara PDRM dan Pusat Tadbir Urus Negara, Integriti dan Anti Rasuah (GIACC) yang turut dihadiri Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador serta pegawai tertinggi jabatan dan persatuan dalam PDRM.

Iklan
Iklan

Ketua Pengarah GIACC, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, semasa perbincangan diadakan perkara-perkara yang menjadi perhatian pihak polis telah dijelaskan.

"Secara prinsipnya tiada halangan dan sokongan diberi kepada kerajaan untuk penubuhan IPCMC," kata Abu Kassim pada sidang media selepas mesyuarat itu di sini hari ini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:IPCMC bukan untuk kenakan mana-mana pihak: Guan Eng Artikel

Bagaimanapun katanya terdapat beberapa perkara yang memerlukan perbincangan terperinci dengan PDRM sebelum kertas Kabinet berkenaan penubuhan IPCMC dapat dilengkapkan selepas sambutan Aidilfitri untuk dibentang kepada jemaah menteri. Beliau menjangkakan penubuhan IPCMC akan selesai pada tahun ini.

Iklan

Abu Kassim menjelaskan bahawa fungsi IPCMC tidak lebih sebagai pihak berkuasa tatatertib dan tidak ada kuasa untuk mendakwa kes-kes jenayah.

Malah, katanya Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM masih berperanan menjalankan siasatan dan penubuhan IPCMC itu tidak mengurangkan peranan mereka dalam menjalankan siasatan.

Sementara itu, Abdul Hamid dalam sidang media yang sama berkata penerangan yang diberikan oleh GIACC telah menangkis kebimbangan PDRM berkenaan penubuhan suruhanjaya itu.

"Jawapan yang diberi begitu jelas sekali dan memuashati PDRM dan perkara-perkara yang menjadi kebimbangan di pihak PDRM telah diyakinkan (oleh Abu Kassim)," katanya. Abdul Hamid berkata, perbincangan lebih sejam itu turut melenyapkan segala kekhuatiran yang timbul dikalangan anggota polis malah ia jauh meleset dari sangkaan sebelum ini.

"Sebaliknya IPCMC akan memberi banyak peluang dan ruang kepada PDRM dan tidak sesekali menghakis kuasa yang ada pada PDRM," katanya.

Malah katanya kehadiran Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim lebih menyakinkan bahawa kekhuatiran pihak polis akan mendapat perhatian terus daripada KDN.

Abdul Hamid yang baru lima hari memegang jawatan sebagai Ketua Polis Negara berkata IPCMC merupakan perkembangan terbaru dalam memantapkan lagi pengurusan dan pelaksanaan tugas polis agar lebih berintegriti.

Pada 2 Mei lalu, Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan sebagai berkata, PDRM akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengemukakan bantahan berhubung beberapa perkara membabitkan penubuhan IPCMC.

Mohamad Fuzi memberitahu antara perkara yang diusulkan berhubung penubuhan IPCMC, terutamanya menarik kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) di bawah Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan, mendapat bantahan daripada banyak pihak dalam PDRM.

Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan mengatakan bahawa SPP yang dianggotai oleh Menteri Dalam Negeri akan bertanggungjawab atas pelantikan, promosi dan semua isu mengenai tatatertib pegawai polis. - Bernama