Naik jet ski seberang laut dari China ke Korea Selatan

Iklan
Individu itu lengkap memakai ves keselamatan dan topi keledar ketika menyeberangi Laut Kuning dengan jet ski berkuasa 1,800cc dari wilayah Shandong. - Foto Agensi

SEOUL - Pengawal pantai Korea Selatan pada Selasa menahan seorang warga China yang didakwa cuba memasuki negara itu selepas menaiki jet ski sejauh lebih 300 kilometer.

Jurucakap pihak berkuasa memaklumkan individu itu lengkap memakai ves keselamatan dan topi keledar ketika menyeberangi Laut Kuning dengan jet ski berkuasa 1,800cc dari wilayah Shandong.

Iklan
Iklan

"Dia turut menggunakan teropong dan kompas untuk navigasi. Dia mengisi bahan api ketika dalam perjalanan dan membuang tong kosong ke laut.

"Lelaki tersebut menghubungi pihak berkuasa selepas jet ski dinaikinya tersangkut berhampiran terminal kapal persiaran di bandar pelabuhan barat," ujarnya.

Iklan

Menurutnya lagi, individu tersebut yang tidak didedahkan identitinya ditahan selepas cuba menyelinap masuk ke Incheon.

"Pemeriksaan dilakukan ke atasnya tidak menunjukkan dia seorang pengintip," jelasnya.

Iklan

Sementara itu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Dialogue China mendakwa individu itu ialah aktivis hak asasi manusia dikenali sebagai Kwon Pyong.

Difahamkan, Pyong, 35, dihukum penjara atas perbuatan subversif setelah dia memuat naik gambar mengejek Presiden Xi Jinping di media sosial.

"Dia sedang mempertimbangkan sama ada mahu memohon status pelarian di Seoul atau negara ketiga," kata jurucakap pertubuhan itu yang berpusat di Korea Selatan, Lee Dae-seon.

Seoul bagaimanapun hanya menerima sejumlah kecil pemohon suaka pada setiap tahun. - AFP