Nilai estetika batik dan penjawat awam

Iklan
Seorang penjawat awam melihat pakaian batik Malaysia yang dijual di sebuah pusat membeli belah. - Foto Bernama

MERAK Jalanan sambut baik dengan keputusan jemaah menteri untuk galakan pemakaian baju batik kepada penjawat awam pada waktu bekerja dan tidak hanya pada hari Khamis.

Keputusan itu dibuat kerana bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada penjawat awam selaras dengan keputusan untuk mengurangkan suhu penghawa dingin.

Iklan
Iklan

Pemakaian batik telah bermula sejak era Tun Razak Hussein dan Tun Hussein Onn yang mewajibkan pemakaian baju tersebut oleh kakitangan awam pada setiap hujung minggu, namun amalan itu longgar pada era Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, pemakaian batik telah dikuatkuasakan semula pada 17 Januari 2008.

Iklan

Pada 28 Oktober 2021, Parlimen Malaysia mencatat sejarah apabila semua ahli Parlimen dikehendaki memakai baju batik di Dewan Rakyat untuk menyemarakkan perkembangan dan pembangunan industri batik negara.

Ia adalah sebahagian sejarah yang tercatat mengenai industri batik di Malaysia yang menjadi kebanggaan rakyat di negara ini.

Iklan

Batik merupakan satu seni warisan budaya negara yang unik dan perlu perlu dipertahankan kerana kita tahu ia turut mendapat saingan tinggi dari negara jiran.

Selain itu, batik juga melambangkan keindahan dan nilai estetika melambangkan identiti serta jiwa rakyat Malaysia yang baik budi pekerti.

Pemakai baju batik bukan sahaja kelihatan kacak dan cantik sehingga menyerlahkan lagi keperibadiannya

Justeru dengan keindahan dan kecantikan yang kita dapat lihat kepada seni batik ini, kita juga berharap agar ia turut tergambar dengan mutu serta kualiti penjawat awam yang memakainya.

Malah baju batik yang dipakai oleh penjawat awam yang berlainan bangsa juga turut menyerlahkan lagi kebersamaan sebagai rakyat Malaysia.