Terkandas 15 jam dalam kereta kabel, 8 penumpang diselamatkan

Iklan
Orang ramai melihat operasi menyelamat lapan mangsa terperangkap dalam kereta kabel di wilayah Khyber Pakhtunkhwa. - Foto AFP

ISLAMABAD - Komando tentera Pakistan dan sukarelawan tempatan berjaya menyelamatkan kesemua lapan orang termasuk enam pelajar sekolah yang terkandas dalam kereta kabel yang rosak selepas 15 jam, kata pegawai, lapor agensi berita dpa.

Mereka terperangkap pada kira-kira 7 pagi Selasa apabila tiga wayar keluli kereta kabel yang mereka naiki untuk melintasi jurang antara dua gunung terputus, kata pegawai polis tempatan Tahir Ayub.

Iklan
Iklan

Perdana Menteri, Anwar-ul-Haq Kakar mengumumkan operasi itu selesai kira-kira 11 malam. - Bernama-dpa

ARTIKEL BERKAITAN: 6 kanak-kanak antara 8 terperangkap dalam kereta kabel

Iklan

Iklan