SHAH ALAM - Pelantikan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sepatutnya sudah dibuat sebaik-baik sahaja tamat perkhidmatan Datuk Ras Adiba Radzi pada 31 Januari 2023.
Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar kesal hal itu berlaku pada institusi sepenting Bernama.
Iklan
Iklan
Beliau menganggap tindakan melambat-lambatkan pelantikan itu sebagai satu pengabaian yang tidak bertanggungjawab oleh kementerian berkenaan.
Dalam masa sama, Johan mempersoalkan mengapakah jawatan itu dibiarkan kosong selama lapan bulan.
Sumber dalaman Bernama memberitahu bahawa Yang Di Pertuan Agong telah memberi perkenan nama Pengerusi Bernama baharu sejak beberapa bulan yang lalu.
Menurut Johan yang juga bekas Pengerusi Media Prima Berhad, akibat kelambatan pelantikan itu pelbagai spekulasi tidak sihat telah muncul.
Justeru, beliau menggesa pengumuman tentang pelantikan pengerusi itu dibuat segera oleh kementerian berkaitan.