MOSCOW - Ukraine menyerang Moscow menggunakan tiga kenderaan udara tanpa pemandu (UAV), dengan dua daripadanya ditembak jatuh oleh pertahanan udara dan UAV ketiga disekat oleh sistem peperangan elektronik, kata Kementerian Pertahanan Rusia pada awal Rabu, lapor Sputnik.
"Pada 23 Ogos, pasukan pertahanan udara menggagalkan satu lagi percubaan rejim Kyiv untuk melancarkan serangan pengganas menggunakan tiga kenderaan udara tanpa pemandu terhadap bandar Moscow.