Ronaldo pacu Al-Nassr raih slot saingan Liga Juara-Juara Asia

Iklan
Para pemain Al-Nassr meraikan kemenangan ke atas Shabab Al-Ahli 4-2 untuk meraih tiket beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia di Riyadh pada Selasa. - Foto AFP

PEMAIN sensasi, Cristiano Ronaldo memacu Al-Nassr meraih slot ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia selepas bangkit menewaskan Shabab Al-Ahli dalam aksi dramatik di Riyadh pada Selasa.

Kelab Liga Pro Saudi mempamerkan kebangkitan sensasi apabila menyumbat tiga gol di penghujung permainan untuk kemenangan 4-2 di Mrsool Park.

Iklan
Iklan

Pemain Brazil, Anderson Talisca meledak dua gol dan pemain Croatia, Marcelo Brozovic memastikan kemenangan serta satu gol lagi hasil jaringan sendiri pemain lawan.

Al-Nassr yang merupakan naib juara liga musim lalu melangkah ke peringkat kumpulan kejohanan yang dijadualkan bermula bulan depan, manakala majlis undian akan diadakan pada Khamis.

Iklan

Kejohanan tertinggi di peringkat Asia itu akan menjadi pentas pertama Ronaldo yang merupakan pemenang lima kali Liga Juara-Juara selepas menyertai Al-Nassr pada Disember tahun lepas.

Dalam aksi itu, Al-Nassr membuka jaringan menerusi Talisca yang menanduk bola sepakan sudut Brozovic pada minit ke-11.

Iklan

Bagaimanapun Yahya Al-Ghassani menyamakan kedudukan untuk juara Emiriah Arab Bersatu (UAE), Shabab Al-Ahli tujuh minit kemudian.

Ronaldo juga dilihat kecewa apabila dua kali peluangnya untuk mendapat sepakan penalti pada babak pertama tidak diendahkan pengadil.

Memasuki awal saingan babak kedua, Al-Ghassani melepasi benteng Al-Nassr dan melambung bola melepasi Nawaf Al-Aqidi untuk meletakkan Shabab Al-Ahli di depan.

Al-Nassr kemudian menyamakan kedudukan ketika tempoh permainan sebenar berbaki dua minit apabila tandukan Sultan Al-Ghannam terkena Walid Abbas untuk gol sendiri.

Kebangkitan Al-Nassr disempurnakan pada minit kelima masa kecederaan hasil tandukan Talisca dan kemudian Ronaldo membuat umpanan untuk jaringan Brozovic sekali gus melengkapkan kemenangan 4-2 kelab itu.