Raja Sepanyol pilih calon Popular Party bentuk kerajaan

Iklan
Felipe VI memilih calon Popular Party, Alberto Nunez Feijoo untuk membentuk kerajaan. - Foto AFP

OVIEDO (Spanyol) - Raja Sepanyol, Felipe VI pada Selasa memilih calon Popular Party, Alberto Nunez Feijoo untuk membentuk kerajaan.

Raja berhadapan situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini apabila baginda terpaksa memilih antara dua calon yang mendakwa masing-masing boleh mengumpul sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Calon lain ialah pemimpin Socialist Party yang juga pemangku Perdana Menteri, Pedro Sanchez.

Dalam kenyataannya, Raja Sepanyol itu berkata, tiada calon yang mempunyai sokongan majoriti pada masa ini.

Iklan

Walaupun parti Sanchez berjaya memperoleh majoriti undi dalam pemilihan calon Speaker dewan minggu lepas, Felipe VI sebaliknya memilih calon konservatif.

Felipe VI berkata, pemilihan itu adalah mengikut tradisi selepas Popular Party memenangi undi terbanyak dalam pilihan raya umum pada Julai walaupun undang-undang Sepanyol tidak menetapkan calon yang memenangi undian terbanyak perlu diberi peluang pertama untuk membentuk kerajaan.

Iklan

Lebih 33 peratus pengundi Sepanyol mengundi Feijoo berbanding 32 peratus mengundi Sanchez.

Bagaimanapun, Feijoo tidak mempunyai laluan mudah untuk meraih sokongan majoriti yang diperlukan untuk membentuk kerajaan tanpa peralihan politik yang besar atau berupaya menarik lebih banyak sokongan daripada parti wilayah, sokongan sayap kanan dan sekutu tradisional lain.

Jika percubaan Feijoo untuk membentuk kerajaan gagal, raja boleh memilih calon lain untuk membentuk kerajaan.

Jika semua percubaan gagal, ketidakstabilan politik akan kembali membelenggu Sepanyol dan pengundi akan dipaksa kembali mengundi. - Bernama- Anadolu