Takut ditangkap, pekebun sayur rugi lebih RM700,000

Iklan
Seorang pekebun sayur kerugian lebih RM790,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam. - Gambar hiasan

KUANTAN - Akibat panik dan takut ditangkap polis, seorang pekebun sayur di Cameron Highlands kerugian lebih RM790,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa yang berusia 54 tahun mendakwa kejadian bermula selepas beliau menerima panggilan telefon pada 19 Jun lepas daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat penghantaran.

Iklan
Iklan

"Suspek memberitahu mangsa untuk bercakap dengan suspek kedua yang menyamar sebagai pegawai polis kerana barangan yang dialamatkan kepadanya mengandungi kad kredit, kad pengenalan dan pasport.

"'Pegawai polis' itu pula memaklumkan waran tangkap telah dikeluarkan terhadap mangsa berkaitan siasatan kes pengubahan wang haram yang akan menyebabkan akaun bank dibekukan," katanya menerusi kenyataan di sini pada Rabu.

Iklan

Yahaya berkata, mangsa yang takut dengan ugutan itu mendakwa telah diarahkan untuk memindahkan wang daripada akaun simpanannya ke lima akaun berbeza diberikan suspek, kononnya bagi tujuan siasatan.

Bagaimanapun, mangsa mula berasa curiga selepas gagal menghubungi suspek bagi bertanya perkembangan siasatan menyebabkan beliau ke balai polis semalam.

Iklan

Yahaya menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan meragukan untuk segera membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

Mereka juga boleh membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon di https://semakmule.rmp. gov.my sebelum membuat sebarang transaksi. - Bernama