Thaksin dimasukkan ke hospital

Iklan
Thaksin Shinawatra - Foto AFP

BANGKOK - Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dimasukkan ke Police General Hospital untuk menjalani rawatan susulan masalah kesihatan yang dihidapinya.

Dalam satu kenyataan, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pemulihan Sitthi Sutivong berkata, Thaksin mengalami sakit dada, tekanan darah tinggi, tahap oksigen rendah dan insomnia ketika ditahan di wad perubatan di Penjara Reman Bangkok.

Iklan
Iklan

Selepas mempertimbangkan rekod perubatannya, doktor berpendapat Thaksin perlu mendapatkan rawatan di hospital yang dilengkapi peralatan perubatan yang lebih baik.

"Thaksin dibawa ke Police General Hospital pada 12.20 pagi (waktu tempatan) pada Rabu. Kakitangan penjara turut ditempatkan selaras dengan peraturan Jabatan Pemulihan,” katanya.

Iklan

Thaksin, 74, kembali ke Thailand pada Selasa selepas 15 tahun hidup dalam buangan.

Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun kepada bekas Perdana Menteri itu.

Iklan

Sementara itu, pihak hospital berkata, penyakit Thaksin memerlukan rawatan segera.

"Thaksin tiba di hospital kira-kira 1 pagi (waktu tempatan) pada Rabu,” katanya dalam satu kenyataan. - Bernama