Kelantan beri peruntukan sama kepada ADUN pembangkang

Iklan
Mohd Nassuruddin Daud

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan memberikan peruntukan yang sama kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk pihak pembangkang.

Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, pihaknya akan berlaku adil kepada semua wakil rakyat sama ada kerajaan atau pembangkang.

Iklan
Iklan

"Hal ini kerana mereka dipilih oleh rakyat jadi peruntukan sama walau aliran politik berbeza," katanya semasa sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco Kelantan yang pertama pada Penggal ke-15 di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan barisan Exco Kelantan.

Iklan

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu Pas bersama rakan gabungan Parti Pribumi Bersatu menerusi Perikatan Nasional (PN) menang di 43 daripada 45 kerusi DUN.

Dua lagi kerusi masing-masing di menangi oleh Pakatan Harapan (Kota Lama) dan Barisan Nasional (BN).

Iklan

Keputusan itu menyaksikan PN memperoleh majoriti dua pertiga sekali gus mentadbir Kelantan dengan kukuh pada penggal kali ini.