LRT, MRT, Monorel mula operasi 4 pagi sempena Hari Kebangsaan

Iklan
Semua operasi rel kendalian Rapid KL akan bermula seawal 4 pagi pada 31 Ogos ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Semua operasi rel merangkumi tren Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel akan bermula seawal 4 pagi pada 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya.

Rapid KL dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan 50 bas perantara percuma disediakan dari Stesen MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya yang turut akan beroperasi bermula 4 pagi.

Iklan
Iklan

Selain itu, tiga perkhidmatan bas perantara percuma merangkumi laluan MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya, Kompleks Nasyrul Quran Presint 14 dan Marina Putrajaya juga disediakan.

Bertemakan 'Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan', sambutan berkenaan yang bertaraf nasional dan berskala besar dijangka menerima pengunjung menjangkau 100,000 orang.

Iklan
Iklan

Putrajaya sebelum ini menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan pada 2003, 2005, 2018 dan 2019. - Bernama