Permohonan Irwan Serigar, Arul Kanda batal saman 1MDB ditolak

Iklan
Mohd Irwan (kiri) dan Arul Kanda.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Mahkamah Tinggi, di sini pada Rabu menolak permohonan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda Kandasamy dan bekas Pengerusinya, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah untuk mengetepikan saman AS$6.59 bilion yang difailkan 1MDB terhadap mereka.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan memutuskan demikian selepas mendapati, dakwaan penipuan dan konspirasi sebagai mana dinyatakan dalam tuntutan saman, tidak boleh diputuskan melalui jalan mudah.

Iklan
Iklan

Ketika membacakan keputusannya, Raja Ahmad Mohzanuddin berkata, di peringkat ini, tuntutan saman yang dipohon tidak sesuai untuk dibatalkan, sebaliknya perlu diputuskan melalui perbicaraan penuh dengan keterangan saksi-saksi.

Menurutnya, perbicaraan penuh perlu dilakukan supaya fakta dakwaan semua pihak yang terlibat dalam tuntutan ini dapat didengar.

Iklan

"Ia tidak boleh diputuskan melalui afidavit dan ia bukan kes yang boleh dibatalkan secara terus.

"Oleh itu saya mengekalkan status quo dan kes saman ini akan diputuskan melalui perbicaraan penuh,” katanya menetapkan 14 September depan untuk pengurusan kes berkenaan.

Iklan

Beliau berkata, keputusan itu tidak menjadikan usaha mereka sebagai suatu pengakhiran kerana di akhir kes kelak, keputusan akan dibuat berdasarkan hujahan kes.

Menurutnya, perkara sama terpakai kepada kausa tindakan plaintif di mana semua pihak berada pada kedudukan yang sama.

Pesuruhjaya Kehakiman ini kemudiannya memerintahkan setiap defendan membayar kos RM10,000 kepada plaintif.

Dalam prosiding ini, peguam, Datuk Lim Chee Wee hadir bagi mewakili 1MDB manakala peguam, Sanjay Mohan dan Lavinia Kumaraendran masing-masing bagi pihak Arul Kanda dan Mohd Irwan.

Pada Mei 2021, 1MDB memfailkan saman terhadap Mohd Irwan yang juga bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Arul Kanda dengan mendakwa mereka melakukan pecah amanah dan konspirasi sehingga menyebabkan 1MDB mengalami kerugian berjumlah AS1.83 bilion.

Ia ialah berhubung pelaburan dalam 1MDB-Petrosaudi Ltd yang ditukar kepada pelaburan Brazen Sky Limited (Brazen Sky), yang dikatakan terdapat dalam Bridge Global Fund.