PRK: Zulkifli, Mazri calon PN Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram

Iklan
Muhyiddin (tiga dari kanan) selepas mengumumkan Zulkifli (dua dari kanan) dan Mohd Mazri Yahya (tiga dari kiri) sebagai calon bagi kerusi Pulai dan Simpang Jeram di Bilik Gerakan Utama PN Pulai, Kempas, Johor Bahru pada Khamis.

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pulai, Zulkifli Jaafar diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai pada 9 September nanti.

Pakar bedah endovaskular, Dr Mohd Mazri Yahya pula diumumkan sebagai calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Iklan
Iklan

Pengumuman itu dilakukan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu di Bilik Gerakan Utama (BGU) PN Pulai, Kempas Baru, Johor Bahru sebentar tadi.

Hadir sama, Presiden Parti Gerakan Rakyat (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau, Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Azmin Ali serta Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin.

Iklan
Iklan