ISTANBUL - Pasukan bomba Turkiye berusaha memadam kebakaran besar di wilayah Çanakkale barat dua hari berturut-turut, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Angin kencang menyukarkan operasi memadam kebakaran, kata Menteri Pertanian dan Perhutanan, İbrahim Yumaklı dalam kenyataan di televisyen.
Iklan
Iklan
Kebakaran memaksa Selat Dardanelles di sepanjang Çanakkale ditutup kepada aktiviti perkapalan pada Selasa.
Lapan pesawat dan 26 helikopter membantu operasi memadam kebakaran, dengan lebih 2,650 kakitangan ditempatkan di lokasi kejadian.
Sebuah kapal penyelamat telah dihantar secara berasingan ke pelabuhan Çanakkale untuk membantu usaha memadam kebakaran, kata pihak berkuasa keselamatan pantai di platform media sosial X.
Punca kebakaran Çanakkale masih belum dapat dipastikan. - Bernama-dpa