Azhar Sulaiman tutup bidaan plat MAFI4

Iklan
Azhar memuat naik perkongsian di Instagram (IG) termasuk maklumat seperti nombor telefon untuk dihubungi bakal pembida nombor pendaftaran kenderaannya.

PELAKON Azhar Sulaiman memaklumkan sudah ada beberapa individu yang berminat untuk membida nombor pendaftaran kenderaan, MAF14, dibaca MAFIA.

Justeru, pelakon berusia 52 tahun itu akan menutup proses bidaan malam ini seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Ada beberapa yang menyatakan minat, tetapi belum pasti lagi. Malam ini Insya-Allah saya akan tutup proses bidaan," katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, Azhar yang juga seorang arkitek memilih untuk merahsiakan sebab utama beliau menjual plat kenderaan berkenaan.

Iklan

Terdahulu, Azhar memaklumkan mahu menjual nombor pendaftaran kenderaan miliknya, MAF14 pada harga bidaan bermula RM1.85 juta.

Perkara itu dikongsikan dalam Instagram yang turut memaparkan nombor telefon untuk dihubungi bakal pembeli.

Iklan

"Satu-satunya gelaran MAFIA untuk dilepaskan. Bidaan bermula pada harga RM1.85 juta. Jika anda mafia sejati, telefonlah kalau berani,” tulisnya ringkas.